Subforum mengenai pembangunan China dalam tujuh dekad dan pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan berlangsung di Shanghai pada 5 hingga 6 November, dalam rangka Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao kedua.
Para peserta mencapai konsensus bahawa keterbukaan, keinklusifan dan kerjasama saling untung satu-satunya jalan bagi menangani cabaran yang dibawa unilateralisme serta faham perlindungan dan hegemoni.
Gagasan komuniti berkongsi nasib sesama insan yang disarankan China membantu menghimpunkan tenaga semua pihak untuk mengatasi cabaran global dan merealisasikan pembangunan mampan.
Acara dihadiri lebih 400 wakil kumpulan pemikir dan media dari lebih 100 negara dan wilayah.
Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai pengalaman pembangunan China dan kaedah untuk membangunkan komuniti berkongsi nasib sesama insan.