Persatuan Islam China Dikunjungi Rombongan Afghanistan

2019-12-06 10:31:58  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_41

 

Atas undangan Jabatan Hal-Ehwal Agama Negara, delegasi agama Afghanistan yang diketuai Menteri Haji dan Hal-Ehwal Agama melawat China pada 25 November hingga 2 Disember yang lalu.
 
Pada pagi 27 November, delegasi yang terdiri daripada 10 orang anggota itu mengunjungi Persatuan Islam China dan disambut oleh presidennya, Yang Faming dan naib presiden, Jin Rubin.

Yang Faming memperkenalkan keadaan perkembangan agama Islam di China serta peranan persatuannya dalam bidang berkenaan.
图片默认标题_fororder_42
 
Menurutnya, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping mendapat sambutan yang baik oleh negara-negara terlibat termasuk Afghanistan.
 
Beliau berharap pertubuhan agama kedua-dua negara dapat terus memperkasakan hubungan persahabatan dan saling bertukar-tukar pandangan.
 
图片默认标题_fororder_43
徐国玮