Teknik pembuatan tembikar merah di kampung Yang, kaunti Heng, Guangxi bermula pada dinasti Song (tahun 960-1279) dan tapak tanur yang wujud sejak dinasti Qing (tahun 1616-1912) masih terpelihara di kampung itu.
Pada tahun 1970an hingga 1980an, pengeluaran produk tembikar merah di kampung Yang mencapai kemuncaknya dengan hampir 90% penduduk kampung itu mengambil bahagian dalam pembuatan tembikar.
Namun, sejak tahun 1990an, produk plastik semakin banyak dikeluarkan dan digunakan oleh penduduk, manakala pasaran bagi produk tembikar merah semakin menguncup.
Kini, hanya terdapat beberapa warga emas yang masih tahu mengenai teknik pembuatan tembikar dan mereka turut berharap bahawa lebih ramai pemuda dapat mewarisi teknik yang bersejarah lama ini.