Restoran Huiji di Hong Kong dibuka berpuluh-puluh tahun dahulu. Hidangan kari di sini dikenali sebagai yang paling sedap di wilayah itu. Makanan karinya berlainan dengan kari Jepun, Thailand atau India, tetapi mempunyai resipinya tersendiri. Restoran ini menarik pelanggan pelbagai lapisan masyarakat dari pekerja biasa hingga bintang filem.