The Explorer's Club Restoran merupakan satu lagi restoran halal selain restoran Bilin di Taman Disney Hong Kong.
Selain menghidangkan makanan bercirikan negara-negara Asia Tenggara, restoran ini turut menyediakan makanan dari Jepun dan Korea Selatan.
Nasi goreng Indonesia dan nasi ayam Hainan merupakan hidangan yang paling laris di restoran ini.