Kestabilan Ekonomi China Galak Ekonomi Global

2020-05-29 14:59:42  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1790775139

Sidang tahunan kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China melabuhkan tirai petang semalam.

Ketika berjumpa wartawan tempatan dan asing susulan majlis penutupan, Perdana Menteri Li Keqiang menghabiskan masa hampir dua jam untuk membalas pertanyaan mereka.

 

图片默认标题_fororder_786123806

Sebanyak 11 soalan dijawab, yang menumpu kepada pembangunan ekonomi serta keterbukaan dan kerjasama, mempamerkan keprihatinan parti dan kerajaan terhadap hidup rakyat, semangat praktik serta sumbangan dan tanggungjawab negara gergasi terhadap pemulihan ekonomi sedunia.

Li telah memperkenalkan langkah-langkah kerajaan untuk merangsang kedinamikan pasaran, termasuk melindungi pekerjaan, kehidupan asas rakyat serta pemain pasaran. 

图片默认标题_fororder_747175858

Sebagai penyumbang kepada 30% ekonomi dunia, ekonomi China yang kekal stabil walaupun terkesan ekoran penularan COVID-19, juga dianggap satu sumbangan. China akan terus mendorong keterbukaan dan memperhebat kerjasama antarabangsa.

Pada masa yang sama, masyarakat antarabangsa diseru berganding bahu untuk mengatasi impak gelombang besar yang membadai umat manusia ini.

Menyentuh hubungan dengan Amerika Syarikat (AS), China menganggap tiada faedahnya merenggangkan ikatan antara satu sama lain.

China akan terus mendorong penandatanganan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China, Jepun dan Korea Selatan, serta Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Pada sidang tahunan kali ini, kerajaan China telah memperkenalkan pelbagai langkah yang mempamerkan konsep "rakyat diutamakan", yang turut memperkukuh keyakinan mengatasi cabaran dan meningkatkan kepercayaan dunia terhadap pemulihan ekonomi.

曹捷