Resolusi, Satu Jaminan buat HK

2020-05-29 14:27:54  CRI
Share with:

Lingkungan perniagaan dan industri Hong Kong menyambut baik kelulusan resolusi berhubung pembentukan sistem undang-undang dan mekanisme penguatkuasaan keselamatan negara oleh Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) semalam.

Sebagai pusat kewangan antarabangsa, persekitaran sosial yang stabil dan teratur amat penting bagi Hong Kong.

Dewan Perniagaan Hartanah Hong Kong yang menyuarakan sokongan penuh terhadap resolusi itu menganggap kekerasan yang semakin berleluasa menginjak-injak asas kedaulatan undang-undang dan dasar "satu negara dua sistem". Ini turut mengganggu pembangunan ekonomi dan kehidupan penduduk.

Penggubalan undang-undang keselamatan negara bukan sahaja kondusif dari segi keselamatan negara, malah bagi pelaksanaan "satu negara, dua sistem" serta keselamatan nyawa dan harta penduduk. Nescaya ini akan mendorong kemakmuran dan ketenteraman berpanjangan di Hong Kong.

Dewan Perdagangan Am China Hong Kong menyifatkan keselamatan negara sebagai satu tanggungjawab di bawah perlembagaan, yang mesti ditepati oleh Hong Kong.

Kerajaan tempatan diharap dapat menggalakkan semua lapisan masyarakat memberi kerjasama penuh dalam kerja penggubalan undang-undang berkenaan, sambil menyebarluaskan pengetahuan berhubung butirannya.

曹捷