Kanun Sivil Sejajar Arus Sezaman

2020-05-29 12:10:02  CRI
Share with:

Kanun Sivil pertama China yang diluluskan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) petang semalam dianggap cerminan hasrat rakyat, yang juga sejajar dengan arus sezaman.


Undang-undang yang bakal berkuat kuasa pada 1 Januari 2021, akan menyediakan jaminan lebih lengkap dari segi perundangan sivil terhadap pembaharuan dan keterbukaan serta pembangunan pemodenan sosialisme pada era baharu ini.

Kanun ini meliputi 1,260 butiran yang merangkumi pelbagai aspek keperluan kehidupan sivil, antaranya hak perorangan menarik perhatian ramai.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_8e0ea466-3391-4a12-82ec-303d34cc5288


Wakil NPC yang juga anggota Jawatankuasa Perlembagaan dan Undang-undang, Sun Xianzhong menyatakan hak perorangan dimaktubkan dalam butiran ke-109 kanun sivil ini, dengan tujuan meningkatkan perlindungan terhadap maruah dan kebebasan orang sebenar.

Keperluan spiritual dan hak kepentingan orang sebenar juga akan dipertingkat ke satu tahap baharu.

张宪