Sun Chao merupakan seorang anggota polis yang telah berkhidmat selama 24 tahun di Laluan Khunjerab kawasan sempadan Xinjiang.
Selain melaksanakan tugas hakiki sebagai anggota polis, beliau komited mempopularkan teknik penternakan dan pertanian kepada penduduk nomad etnik Kazak di kawasan itu.
Bantuan beliau kini membuahkan hasil apabila ramai penduduk di kawasan itu berjaya mengatasi kemiskinan dan kehidupan mereka semakin selesa.