Ikatan China, Maghribi Kekal Subur

2020-09-01 13:16:54  CRI
Share with:

China telah berjanji untuk menawarkan vaksin COVID-19 buatannya terlebih dahulu kepada negara-negara membangun terutamanya di benua Afrika, selepas vaksin berkenaan sudah siap dan sedia untuk digunakan.

Presiden Xi Jinping memberi jaminan itu ketika dihubungi Raja Maghribi, Mohammed VI menerusi panggilan telefon malam tadi.

Xi berkata, tatkala pandemik COVID-19 masih belum reda, vaksin amat mustahak bagi membolehkan umat manusia mengalahkan virus tersebut. Vaksin yang dibangunkan China akan dijadikan produk kesihatan awam dunia. China juga bersedia bekerjasama dengan Maghribi untuk memecut penyelidikan dan pengeluarannya.

Raja Mohammed VI turut membalas, ikatan perkongsian strategik yang dijalin antara dua negara sejak 2016 telah mendorong pembangunan Maghribi. Baginda ingin melihat kerjasama melibatkan ekonomi, perdagangan, sains dan teknologi diperluas hingga mendinamikkan lagi hubungan dua hala.

董筱娉