Wilayah Xinjiang, China tidak merekodkan kes jangkitan wabak COVID-19 yang baharu atau kes pesakit tanpa simptom untuk 15 hari berturut-turut setakat 1 September.
Bagi membantu kegiatan pengeluaran dan kehidupan penduduk pelbagai etnik pulih semula secara beransur-ansur, kerajaan tempatan telah menggalakkan kerja-kerja membendung wabak menjadi suatu kebiasaan secara menyeluruh.
Pada beberapa hari kebelakangan ini, Urumqi, ibu kota Xinjiang telah menjalankan penyahjangitan terhadap tempat-tempat awam dan sistem pengangkutan awam di seluruh bandar.
Pada masa ini, laluan bas awam dan operasi perkhidmatan teksi telah pulih dan kapasitinya ditambah secara teratur, manakala taman-taman dan destinasi peranginan juga telah dibuka kepada khalayak ramai.