Industri Pelancongan Kota Kuno Kashgar Kian Pulih

2020-09-12 11:00:43  CRI
Share with:

Industri Pelancongan Kota Kuno Kashgar Kian Pulih

 

Kota kuno Kashgar, tempat kediaman penduduk pelbagai etnik sejak zaman dahulu kala, kini telah menjadi kawasan pelancongan 5A peringkat negara di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang.

Kota kuno Kashgar terletak di pusat bandar Kashgar dengan keluasan kira-kira 4.25 kilometer persegi dengan jumlah penduduk 43,248 orang, dan 97% penduduk sini ialah etnik Uygur.

 

Industri Pelancongan Kota Kuno Kashgar Kian Pulih

 

Kota kuno Kashgar mempunyai sejarah lebih 2,000 tahun. Seni bini bangunan dalam kota tersebut sungguh istimewa yang menunjukkan ciri-ciri etnik tempatan dan kebudayaan asal tamadun yang berlainan. Misalnya dinding rumah dibina menggunakan batu bata yang berukiran halus, di samping tiang-tiang rumah pula berseni bina Parsi.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, hostel, restoran, warung teh, kafe, kedai, butik dan bengkel kraf tangan telah dikembangkan di kota kuno ini untuk meningkatkan industri pelancongan. Lebih ramai pelancong tempatan dan asing datang ke Kashgar untuk menghayati keindahan kota kuno ini.

 

Industri Pelancongan Kota Kuno Kashgar Kian Pulih

 

Menurut statistik berkenaan, jumlah pelancong ke bandar Kashgar pada 2019 mencatat 8.8 juta orang, meningkat 59% berbanding 2018. Sementara itu, pendapatan industri pelancongan pula mencapai RMB4.8 bilion (kira-kira RM2.9 bilion) pada tahun yang sama.

Walaupun terjejas akibat pandemik COVID-19 pada tahun ini, sektor pelancongan di bandar Kashgar kian pulih berikutan pelaksanaan langkah kawalan dan pencegahan wabak yang berkesan.

王瑾