
Menurut asas yang dapat dibandingkan, seramai 637 juta orang pelancong dilayan di seluruh negara dalam percutian Hari Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan selama 8 hari yang baru berlalu, pulih 79% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, sekali gus menyumbang pendapatan pelancongan domestik bernilai RMB466.56 bilion (RM285.16 bilion), iaitu 69.9% yang tercatat dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Dimaklumkan, pada minggu keemasan pertama setelah pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 dijadikan rutin harian, Beijing, Shanghai, Chengdu, Xi'an dan Chongqing masing-masing menduduki lima tangga teratas dalam ranking Bandar Paling Aktif Penggunaan Pelancongan Domestik.

Menurut statistik Meituan semalam, jumlah tempahan masakan dine-in yang ditangani pihaknya pada percutian tersebut melambung 78.4% dibanding dengan yang tercatat dalam percutian 1 Mei tahun ini, antaranya jumlah tempahan untuk masakan dari Asia Tenggara meningkat 42.8%, Korea Selatan 36.2%, Asia Barat 30% dan Jepun 22.3%.
Selain itu, pelancongan pandu sendiri dan pakej pelancongan eksklusif mempamerkan potensi yang besar, terbukti dengan jumlah sewa kereta meningkat 50% dan rombongan pelancongan eksklusif melambung 100% dibanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.