Ekonomi Singapura Meningkat 7.9% Suku Ketiga

2020-10-15 14:56:52  CRI
Share with:

Ekonomi Singapura Meningkat 7.9% Suku Ketiga_fororder_singapura1

 

Menurut unjuran Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura, ekonomi negara itu pada suku ketiga meningkat 7.9% berbanding suku sebelumnya, sekali gus menamatkan penurunan bagi suku pertama dan kedua yang masing-masing mencatat 0.8% dan 13.2%.

Ekonomi Singapura Meningkat 7.9% Suku Ketiga_fororder_singapura2

Jabatan Pentadbiran Monetari Singapura (MAS) mengumumkan polisi kewangan untuk mengekalkan sifar peningkatan nilai dolar Singapura. Menurutnya, ekonomi negara itu akan pulih pada tahun depan, manakala risiko deflasi menjadi reda, tetapi potensi pertumbuhan masih lemah.

胡星