Sekolah Menengah Vokasional Xunhua Utamakan Pelajar Miskin

2020-10-21 22:35:14  CRI
Share with:

Sekolah Menengah Vokasional Xunhua Utamakan Pelajar Miskin_fororder_微信图片_20201021222152

Sekolah Menengah Vokasional Xunhua Utamakan Pelajar Miskin_fororder_微信图片_20201021222250

Pendidikan adalah kunci untuk mengubah nasib. Dalam usaha membasmi kemiskinan, membantu golongan miskin dari segi pendidikan juga antara elemen yang diutamakan kerajaan pelbagai peringkat di China.
 
Sekolah Menengah Vokasional Xunhua telah menerima 1,047 pelajar dalam lingkungan umur 14 hingga 17 tahun dari keluarga miskin. Kebanyakan mereka ialah etnik Salar, etnik yang sebahagian besarnya beragama Islam dan tinggal secara berkolompok di Kaunti Autonomi Salar Xunhua, provinsi Qinghai.

Sekolah Menengah Vokasional Xunhua Utamakan Pelajar Miskin_fororder_微信图片_20201021222234
Yuran sekolah, bayaran penginapan dan makan minum mereka telah dibatalkan, sementara diberikan subsidi atau sagu hati.

Sekolah Menengah Vokasional Xunhua Utamakan Pelajar Miskin_fororder_微信图片_20201021222631

Sekolah Menengah Vokasional Xunhua Utamakan Pelajar Miskin_fororder_微信图片_20201021222620
Dalam sekolah vokasional, pelbagai kursus ditawarkan, antaranya termasuk bahasa Arab, melukis, memasak, menyulam, membaiki kenderaan, pendidikan prasekolah, perkhidmatan pelancongan dan sebagainya. Kurikulum juga dikemas kini atau diubahsuai dari semasa ke semasa untuk menjamin pelajarnya menguasai kemahiran berdasarkan keperluan masyarakat.

Sekolah Menengah Vokasional Xunhua Utamakan Pelajar Miskin_fororder_微信图片_20201021222210
Sejak ditubuhkan pada tahun 2007, seramai lebih 3,000 pelajar telah menamatkan pembelajaran peringkat sekolah menengah vokasional di sini, dan kadar pengambilan pekerjaan mencatat 98%.

Sekolah Menengah Vokasional Xunhua Utamakan Pelajar Miskin_fororder_微信图片_20201021223307

Setakat ini, seramai 380 orang lulusan pula telah melanjutkan pelajaran atau mendapat peluang kerja di luar negara seperti Malaysia, Mesir, Turki, Iran, Jordan, Pakistan dan UAE.

张宪