Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan kabinet mengadakan mesyuarat malam tadi, membincangkan langkah-langkah melawan pandemik COVID-19 dan pembelian vaksin.
Ketika menyampaikan ucapan melalui televisyen, beliau berkata, jumlah kes baharu menurun di negara itu baru-baru ini, namun beliau mengingatkan rakyat terus melasanakan langkah pencegahan, mematuhi peraturan kuarantin dan jarak sosial khususnya dalam tempoh sambutan tahun baharu.
Menurut pegawai kerajaan, pihaknya sedang mengadakan penilaian dan kajian terhadap 17 jenis vaksin, dan lima jenis akan dijalankan ujian klinikal di Filipina.
Setiausaha Kewangan Filipina, Dominguez menyatakan, pihaknya akan memperoleh dana untuk membeli vaksin melalui pinjaman dari tiga saluran iaitu Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia (WB), bank tempatan, serta negara-negara lain.