ADB Naik Unjuran Kadar Pertumbuhan Ekonomi China kepada 2.1%

2020-12-11 13:38:38  CRI
Share with:

Bank Pembangunan Asia (ADB) menaikkan unjurannya mengenai kadar pertumbuhan ekonomi China tahun ini daripada 1.8 peratus kepada 2.1 peratus. Ini ekoran pemulihan ekonomi China lebih cepat berbanding jangkaan sebelum ini.

Menurut laporan Prospek Pembangunan Asia 2020 yang dikeluarkan ADB Khamis, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di China menyaksikan peningkatan 4.9 peratus dalam tiga suku pertama tahun ini, manakala pertumbuhan ekonomi mencatat 0.7 peratus dalam tempoh yang sama.

Dalam pada itu, sektor industri China pulih lebih cepat, dan sektor katering dan perhotelan juga pulih secara beransur-ansur.

Laporan ADB itu juga meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi China dijangka mencapai 7.7 peratus pada tahun 2021.

Ketua ahli ekonomi ADB, Yasuyuki Sawada mengulas bahawa prospek pertumbuhan entiti ekonomi membangun di rantau Asia-Pasifik semakin baik. Penularan pandemik COVID-19 masih merupakan risiko utama bagi negara-negara serantau. Sehubungan dengan itu, pembekalan vaksin yang selamat dan berkesan kepada negara-negara membangun amat signifikan bagi pemulihan dan pertumbuhan ekonomi rantau ini.

ADB yang beribu pejabat di Manila, Filipina ditubuhkan pada tahun 1966. ADO ialah laporan tahunan yang membuat jangkaan tentang pertumbuhan ekonomi rantau ini.

覃淼