Hainan Rancang Popularkan Lagi Sukan Panjat Pokok Kelapa

2020-12-15 11:41:37  CRI
Share with:

Satu pertandingan memanjat pokok kelapa peringkat kebangsaan telah diadakan di Sanya, wilayah Hainan, China pada Sabtu lalu.

Pertandingan sukan tradisional tempatan tersebut mendapat sambutan baik dan disertai oleh sembilan pasukan dari tujuh wilayah di negara itu.

Peserta dari wilayah Guizhou, Luo Tiandi memberitahu bahawa memanjat pokok kelapa merupakan satu acara sukan baharu dan berharap agar ia menjadi lebih popular.

Pegawai Jawatankuasa Hal Ehwal Etnik dan Keagamaan Hainan, Zhang Zhengjin memaklumkan, Sukan Tradisional Etnik Minoriti Kebangsaan ke-12 akan diadakan di Hainan pada 2023.

Justeru katanya, pertandingan tersebut diharap dapat mempromosi acara memanjat pokok kelapa, dan membantu memartabatkannya sebagai acara sukan tradisional etnik peringkat kebangsaan.

Jelas Zhang, usaha itu juga antara lainnya bertujuan meningkatkan pengaruh budaya etnik minoriti.

Hainan yang merupakan sebuah pulau di bahagian selatan China, mempunyai sejarah lama dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan kelapa, termasuk memanjat pokok kelapa.

Sukan Tradisional Etnik Minoriti Kebangsaan China diadakan setiap empat tahun sekali sejak edisi keduanya pada 1982.

张哲