FIBA: Indonesia Tuan Rumah Piala Asia Bola Keranjang

2020-12-24 12:08:16  CRI
Share with:

Pejabat Rantau Asia Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) mengumumkan bahawa Indonesia akan menjadi tuan rumah Piala Asia Bola Keranjang 2021.

Kejohanan yang akan berlangsung pada 16 hingga 28 Ogos tahun 2021, akan disertai 16 skuad terbaik di rantau Asia-Pasifik.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Indonesia, Danny Kosasih meluahkan perasaan bangganya susulan Piala Asia Bola Keranjang 2021 yang akan diadakan di Jakarta.

Beliau berkata, kejohanan ini akan membantu Indonesia untuk membuat persiapan menjelang Piala Dunia Bola Keranjang FIBA tahun 2023 selaku penganjur mahupun peserta.

Menurut rekod, Indonesia merupakan antara tiga negara penganjur Piala Dunia Bola Keranjang 2023.

Namun, berbanding dengan Filipina dan Jepun yang sudah memenangi kelayakan untuk menyertai kejohanan itu, skuad Indoensia perlu memasuki lapan teratas dalam Piala Asia 2021 untuk layak ke kejohanan Piala Dunia Bola Keranjang 2023.    

曹捷