Berganding Bahu untuk Saling Memberi Keyakinan dan Motivasi

2020-12-28 15:01:24  CRI
Share with:

Berganding Bahu untuk Saling Memberi Keyakinan dan Motivasi_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_90518102-99eb-4d29-b2ae-48a0b56e8ce3

Wabak COVID-19 tetap menular di seluruh dunia pada saat berakhirnya tahun 2020.

Pada awal tahun 2020, iaitu ketika wabak melanda China dan pada saat yang paling kritikal, China telah mendapat bantuan dan sokongan daripada banyak negara. Jepun menghantar banyak barangan bantuan kepada China di samping menyampaikan simpati dan sokongan. Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen memilih melawat Beijing untuk menyampaikan sokongan kepada rakyat China, sekali gus menjadi ketua negara asing yang pertama yang melawat China pada masa genting itu. Dewan Negara Palestin bersepakat meluluskan keputusan untuk menyokong perjuangan China melawan wabak dan Perdana Menterinya, Imran Khan menyatakan kesediaan memberikan bantuan kepada China dengan mengumpulkan peralatan perubatan seluruh negaranya. Akhbart Tehran Times menyiarkan satu rencana yang menyatakan bahawa 'kami semua orang China apabila menghadapi wabak'.

Berganding Bahu untuk Saling Memberi Keyakinan dan Motivasi_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_9124ef3a-d193-487a-9665-a5f1066cb2b0

Berganding bahu untuk saling memberi keyakinan dan motivasi. Setelah wabak COVID-19 menjadi makin terkawal di China, kami mula menghulurkan bantuan kepada lebih 150 buah negara dan sembilan buah pertubuhan antarabangsa, dan menghantar 36 pasukan perubatan atau kumpulan pakar kepada 34 buah negara. Selain itu, China telah menyediakan lebih 200 bilion penutup hidung dan mulut, 2 bilion pakaian pelindung dan 800 juta kit ujian kepada sebahagian negara.

Vaksin yang selamat dan berkesan dianggap sebagai senjata muktamat bagi melawan wabak. Pada bulan Mei lalu, Presiden China, Xi Jinping dalam Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-73 mengumumkan China akan menyediakan vaksin kepada dunia sebagai barangan awam. Pada bulan Oktober, China telah memeterai COVAX yang bertujuan menggalakkan pengagihan vaksin secara sama rata.

Berganding Bahu untuk Saling Memberi Keyakinan dan Motivasi_fororder___172.100.100.3_temp_9500049_1_9500049_1_1_94c48daf-7b4d-4f2f-a121-264c10eb045e

Vaksin COVID-19 buatan China yang selamat, berkesan, harganya sederhana dan mudah disimpan dan diangkut, terbukti selaras dengan keperluan negara-negara membangun. Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Turki, Indonesia dan Brazil sudah masing-masing memutuskan untuk menggunakan vaksin buatan China.

曹捷