Tahun Sukar Tidak Halang Tradisi Tangkap Ikan Tahunan Berlangsung di Tasik Beku China

2020-12-29 10:42:43  CRI
Share with:

Tasik Chagan di wilayah Jilin, bahagian timur laut China kini meriah dengan kehadiran musim menangkap ikan di tasik yang membeku itu.

Aktiviti turun-temurun yang bersejarah selama 2,000 tahun itu merupakan kali pertama diadakan pada musim sejuk ini setelah kawalan dan pencegahan pandemik COVID-19 menjadi kelaziman.

Menurut tradisi, nelayan tempatan menggunakan teknik khas untuk menangkap ikan dalam cuaca dingin iaitu 20 hingga 30 darjah bawah sifar. Aktiviti mereka akan disertai dan disaksikan oleh pengunjung dari seluruh China.

Hidangan ikan sememangnya terkenal di China, khususnya bagi meraikan Tahun Baharu Cina.

Bagi rakyat tempatan, ikan atau "Yu" dalam bahasa Mandarin yang membawa makna kekayaan dan nasib baik itu akan menjadi lebih bermakna setelah berjaya mengharungi tahun sukar 2020.

Dalam pada itu, pegawai dari Kolam Ikan Tasik Chagan, Shan Junguo memberitahu bahawa pihaknya merancang untuk mengeluarkan ikan seberat 1.5 juta kilogram pada musim ini.

Shan menjelaskan, walaupun penduduk dari bandar yang masih menghadapi penualaran wabak tidak dapat datang ke tasik itu dan membeli ikan sendiri, tetapi terdapat saluran lain seperti e-niaga yang disediakan untuk memenuhi permintaan mereka.

徐国玮