Pekan Jingziguan, kaunti Xichuan, bandar Nanyang, provinsi Henan yang terletak di kawasan sempadan tiga provinsi, iaitu Henan, Hubei dan Shaanxi, mempunyai lebih 700 bangunan ketinggalan Dinasti Ming (tahun 1368-1644) dan Dinasti Qing (tahun 1636-1912) yang kelihatan terpelihara. Pada masa dahulu, Jingziguan pernah merupakan tempat penginapan bagi para peniaga semasa kemamkmuran pengangkutan sungai dan terusan. Kombinasi seni bina selatan-utara China kelihatan agak menonjol dalam bangunan di sana yang menyerlah dengan kehalusan ukiran batu, bata dan kayu.