CPI Naik 2.5%, PPI Turun 1.8% di China pada 2020

2021-01-12 11:50:03  CRI
Share with:

Indeks Harga Pengguna (CPI) di China menyaksikan peningkatan sebanyak 2.5 peratus pada tahun 2020. Antaranya harga barangan naik 0.2 peratus, manakala harga perkhidmatan naik 0.3 peratus .

Menurut data tersebut, faktor suhu udara yang lebih rendah secara berterusan turut menyumbang kepada kenaikan kos pengeluaran, penyimpanan dan pengangkutan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Di samping itu, harga produk daging segar juga turut meningkat menjelang cuti panjang Tahun Baharu Cina yang jatuh pada bulan depan.

Sementara itu, peningkatan harga tenaga turut dikatakan sebagai penyumbang kepada kenaikan CPI.

Pegawai Akademi Penyelidikan Makroekonomi, Guo Liyan memaklumkan, kenaikan CPI didorong oleh lantunan harga makanan dan tenaga yang biasanya menunjukkan turun naik yang tajam dalam jangka masa pendek.

Selain itu, harga perubatan, pendidikan dan kebudayaan serta hiburan masing-masing menyumbang pertumbuhan sebanyak 2.2 peratus , 1.3 peratus dan 0.9 peratus , manakala harga pengangkutan, perumahan dan pakaian masing-masing mengurang 3.1 peratus , 0.6 peratus dan 0.1 peratus pada Disember lalu.

Dalam perkembangan lain, Indeks Harga Pengeluar (PPI) pula jatuh 1.8 peratus sepanjang 2020.

Bagaimanapun, indeks berkenaan berkemungkinan berubah seiring dengan penyambungan semula industri perkilangan global, peningkatan harga tenaga utama dan logam.

Melihat kepada data yang dikeluarkan juga, harga produk industri utama seperti arang batu dan keluli menunjukkan kenaikan ketara susulan daripada pemulihan industri.

高蕾