Rancangan Am Digital ASEAN 2025 Diluluskan

2021-01-23 18:06:21  CRI
Share with:

Rancangan Am Digital ASEAN 2025 yang bertujuan mendorong pembangunan dan kerjasama digital rantau ASEAN telah diluluskan dalam siri telesidang Menteri Digital ASEAN diadakan buat kali pertama pada 21 dan 22 Januari lalu.

Sidang tersebut dipengerusikan oleh Menteri Telekomunikasi dan Multimedia Malaysia, Saifuddin Abdullah.

Menurut pengumuman bersama dikeluarkan menteri pelbagai negara ASEAN, rancangan tersebut akan mendorong kerjasama digital ASEAN dalam tempoh 2021 hingga 2025, sehingga membina komuniti digital dan entiti ekonomi yang dipergiat dengan perkhidmatan digital yang selamat dan inovatif, teknologi serta sistem ekologi.

 Tindakan yang pertama menurut rancangan tersebut ialah membaikpulih ASEAN daripada pengaruh wabak COVID-19, kemudian menaiktaraf kualitik infrastruktur tetap dan mudah alih siber lebar, menyediakan perkhidmatan digital yang mampu peryaa, mewujudkan pasaran perkhidmatan digital yang berdaya saing, meningkatkan perkhidmatan pentadbiran digital, memberi perkhidmatan digital yang berkaitan perniagaan, mendorong perdagangan rentas sempadan, mengintensifkan kemampuan syarikat dan penduduk untuk menceburkan diri dalam ekonomi digital serta mewujudkan masyarakat digital yang inklusif.

 

张宪