Demonstrasi Bantah Tindakan Tentera Myanmar

2021-02-02 11:34:18  CRI
Share with:

Ratusan penduduk menyertai tunjuk perasaan di Yangon pada Isnin, susulan tindakan tentera Myanmar menahan Presiden Win Myint, Penasihat Negara Aung San Suu Kyi dan pegawai kanan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD).

Para penunjuk perasaan berhimpun di sekitar pusat bandar sambil melaungkan slogan "Menentang semua pelanggaran Perlembagaan! Suara rakyat perlu dihormati!"

Beberapa kenderaan tentera dan polis dilaporkan telah ditempatkan di kawasan berhampiran Pagoda Sule.

梁靓