Makin Ramai Penunjuk Perasaan di Yangon

2021-02-03 13:20:37  CRI
Share with:

Makin ramai penduduk Yangon menyertai tunjuk perasaan pada Selasa, sebagai membantah tindakan pihak tentera mengambil alih kuasa pentadbiran negara.

Bantahan diluahkan dengan cara mengetuk periuk dan besen di rumah, disiarkan secara langsung dalam talian yang turut menarik penyertaan ramai netizen tempatan.

Pada hari sama, pihak tentera Myanmar dilaporkan mengadakan perhimpunan di sebuah taman berhampiran kompleks kerajaan wilayah Yangon.

Penganjur tampil di pentas yang didirikan di sana, mengecam  ketidakcekapan Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), di samping menyeru rakyat menyokong pihak tentera.

Kedua-dua tepi jalan di sekitar dibarisi kereta milik penyokong pihak tentera. 

梁靓