Harga Bitcoin yang melambung tinggi adalah perkara yang wajar ketika kecairan global berlebihan, namun Bitcoin merupakan aset berisiko tinggi, dan trend harganya pada masa depan amat bergantung kepada dasar dan pemulihan ekonomi.
Demikian dinyatakan oleh sarjana Universiti Nasional Singapura (NUS), Fu Qiang dalam temu bual dengan Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini.
Sejak awal tahun ini, harga Bitcoin terus meningkat, dan nilainya telah melebihi USD1 trilion.
Fu Qiang berpendapat, sejak tercetusnya pandemik COVID-19, dasar monetari dan kewangan yang amat longgar telah menyebabkan lebihan kecairan dan ini merupakan faktor utama di sebalik kenaikan harga Bitcoin.
Katanya, kenaikan harga Bitcoin baru-baru ini juga mencerminkan kejaran kuat pasaran terhadap aset berisiko, serta optimisme yang ditimbulkan oleh jangkaan seperti rangsangan ekonomi berskala besar di Amerika Syarikat (AS) dan jangkaan peredaan wabak di seluruh dunia.
Katanya, Bitcoin tidak mempunyai sifat lindung nilai seperti emas dan merupakan aset berisiko tinggi.