Kawalan Ketenteraan di Dua Kawasan Yangon

2021-03-15 13:08:35  CRI
Share with:

Jawatankuasa Pentadbiran Negara Myanmar mengumumkan semalam, kawalan ketenteraan dilaksanakan di dua kawasan di Yangon.

Menurut jawatankuasa itu, beberapa kilang di kawasan Laidaya dan Rypida dibakar, dan operasi pasukan bomba pula dihalang oleh pengacau.

Oleh itu, langkah-langkah kawalan ketenteraan akan dilaksanakan di kedua-dua kawasan tersebut.

Dalam pada itu, ketua pegawai tentera di Yangon akan menjalankan kuasa pentadbiran dan kehakiman di kawasan terbabit.

胡星