Sejak awal bulan ini, kotak makanan mesra alam mula diguna pakai di hospital-hospital sekitar Chengdu, provinsi Sichuan, barat daya China.
Sebagai salah satu inisiatif untuk memelihara alam sekitar secara lebih berkesan, hospital berkenaan menggantikan semua bekas plastik dengan kotak makanan yang boleh urai.
Sejak tahun lepas, Chengdu telah melarang penggunaan beg plastik yang tidak biodegradabel di tempat-tempat seperti pasar raya, farmasi, kedai buku dan restoran di seluruh bandaraya itu.
Difahamkan, kotak makanan berwarna kuning air diperbuat daripada bahan-bahan yang boleh urai dengan menggunakan kanji sebagai bahan asas.
Selain bersifat mesra alam, kotak makanan tersebut bahkan memiliki kelebihan kedapan yang baik, lebih selamat dan tahan suhu tinggi.
Menurut kakitangan hospital, pendekatan baharu itu mampu mengurangkan penggunaan kira-kira 48 ribu buah kotak makanan plastik pakai buang yang tidak boleh urai setiap bulan, sekali gus membantu mewujudkan mod operasi hijau.
Kini, kotak makanan tengah hari yang mesra alam itu cukup popular dalam kalangan pengunjung yang makan di kantin hospital.
Rata-rata mereka juga berasa gembira kerana dapat menyumbang kepada perlindungan alam sekitar dengan menggunakan kotak makanan mesra alam.