Filipina Tingkatkan Kawalan Bendung Penularan Wabak

2021-03-17 14:59:48  CRI
Share with:

Situasi wabak COVID-19 di Filipina menjadi semakin teruk dengan kes baharu harian mencatat 4,000 hingga 5,000 untuk beberapa hari lalu.

Sementara itu, varian baharu virus yang ditemui menjadikan situasi kawalan wabak bertambah mencabar di negara itu.

Metro Manila ialah kawasan yang paling teruk terjejas. Antara 630 ribu kes positif di seluruh negara, lebih 250 ribu daripadanya adalah dari Metro Manila.

Perintah berkurung pada waktu malam dilaksanakan di Metro Manila selama dua minggu bermula Isnin, selain beberapa komuniti masih ditutup.

Selain  itu, sebahagian hospital di Metro Manlia telah dipenuhi pesakit.

Dalam pada itu, kerajaan Filipina sedang giat mendorong pemvaksinan agar meredakan situasi wabak dengan secepat mungkin.

徐国玮