Beberapa sekolah antarabangsa di Bangkok, ibu negara Thailand terpaksa ditutup untuk sementara waktu pada Isnin ekoran situasi wabak COVID-19 yang memburuk, antaranya termasuk Sekolah Antarabangsa NIST, Regent’s International School Bangkok dan St. Andrews International School.
Kes-kes baharu ditemui di tempat-tempat hiburan di negara itu dalam dua minggu lalu. Menurut pihak berkuasa tempatan, setakat ini, antara 71 kes baharu di seluruh Thailand, 40 disahkan di Bangkok.