COVID-19: Lebih 500 Jangkitan Baharu di Thailand

2021-04-09 12:48:03  CRI
Share with:

COVID-19: Lebih 500 Jangkitan Baharu di Thailand_fororder_thailand

Wabak COVID-19 yang tercetus di tempat-tempat hiburan di Thonglor, Bangkok kini telah merebak ke 20 daripada 77 provinsi di Thailand. Sementara 504 jangkitan baharu dikenalpasti berkaitan dengan tempat-tempat hiburan tersebut.

Menurut taklimat Pusat Pengawalan Wabak COVID-19 Thailand semalam, jangkitan baharu tersebut meliputi pelbagai sektor termasuk menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan, anggota polis dan tentera, kakitangan awam, diplomat, selebriti, pelakon, pengamal media, atlet, kakitangan perubatan dan sebagainya.

Menurut pusat itu, varian virus yang ditemui di Britain sebelum ini turut disahkan dalam gelombang kali ini.

Untuk membendung penularan lanjut, kerajaan Thailand telah memutuskan untuk menutup tempat-tempat hiburan untuk sementara waktu di 41 provinsi selama 14 hari. Selain itu, penduduk awam dinasihatkan bekerja dari rumah bagi mengelakkan pengaliran orang ramai.

覃淼