Singapura Rombak Kabinet, Heng Swee Keat Letak Jawatan

2021-04-09 14:01:15  CRI
Share with:

Singapura akan menjalankan rombakan kabinet dua minggu kemudian. Pada masa yang sama, Naib Perdana Menteri, merangkap Menteri Penyelarasan Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, Heng Swee Keat akan meletak jawatan sebagai ketua kumpulan pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) generasi keempat.

Demikian diumumkan kerajaan Singapura dalam taklimat media di Istana Presiden semalam.

Heng Swee Keat menyatakan, beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong, memaklumkan peletakan jawatannya sebagai ketua parti dan Menteri Kewangan kerana masalah kesihatan. 

Dalam pada itu, Lee Hsien Loong menyatakan persefahaman dan penghormatan atas keputusan Heng itu. Beliau di samping itu menyanjung prestasi cemerlang beliau ketika memegang jawatan Menteri Kewangan, dan juga berbesar hati kerana Heng akan terus memegang jawatan Naib Perdana Menteri dan Menteri Penyelarasan Dasar Ekonom.

胡星