Masjid Altun di Kaunti Shache, Xinjiang

2021-04-16 16:58:10  CRI
Share with:

Masjid Altun di Kaunti Shache, Xinjiang_fororder_1

Wartawan Kumpulan Media China (CMG) telah melawat Masjid Altun di pusat kaunti Shache, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang pada 14 April lalu.

Masjid Altun di Kaunti Shache, Xinjiang_fororder_2

Khatib masjid itu, Abdulweli Ablimit menyatakan bahawa masjid ini dibina pada tahun 1533 dan mempunyai sejarah lebih 480 tahun.

Kawasan masjid seluas kira-kira 2,600 meter persegi. Kerajaan memperuntukkan dana bagi membaiki masjid itu pada tahun 1998 dan 2016.

Masjid Altun di Kaunti Shache, Xinjiang_fororder_3

Obulkasim Tursun, seorang umat Islam tempatan memberitahu wartawan bahawa beliau selalu beribadat di masjid ini sejak tujuh hingga lapan tahun yang lalu. Pada masa dahulu, kemudahan masjid ini kurang memuaskan. Setelah diubahsuai, kemudahan dan persekitaran masjid banyak dibaiki.

Masjid Altun di Kaunti Shache, Xinjiang_fororder_6

Bermacam-macam kemudahan disediakan di masjid itu pada masa sekarang termasuk kemudahan perkhidmatan perubatan, skrin elektronik, bekalan air panas, kipas siling, penghawa dingin, pemanas dan sebagainya. Selain itu, masjid ini juga menyediakan kerusi khusus bagi memudahkan umat Islam yang kurang sihat untuk bersolat.

Masjid Altun di Kaunti Shache, Xinjiang_fororder_4

Masjid Altun di Kaunti Shache, Xinjiang_fororder_5

徐国玮