Cuti Hari Pekerja: Aliran Pelancong Tasik Tianchi Catat 540 Ribu

2021-05-05 12:34:36  CRI
Share with:

Kawasan peranginan Tasik Tianchi yang terletak di wilayah autonomi Xinjiang, barat laut China merekodkan aliran pelancong seramai 540 ribu orang untuk tiga hari pertama cuti umum Hari Pekerja yang bermula pada Sabtu.

Tianchi atau gelarannya Heavenly Pond Lake, memaparkan salah satu landskap yang paling memukau di China, dengan gabungan elemen seperti kilauan air tasik berwarna biru-hijau dan kesegaran udara di setiap pelosok gunung-ganang yang diselaputi salji putih.

Untuk memeriahkan kunjungan ramai, kerajaan tempatan turut menghidangkan festival dengan persembahan tarian gaya Xinjiang di pinggir tasik, sekali gus menghidupkan suasana budaya unik di kawasan peranginan itu.

Lu Kaixuan, salah seorang daripada peminat alam dan budaya memberitahu bahawa dirinya dan para penonton lain terpukau akan penyajian seni tersebut.

Untuk rekod, Tasik Tianchi mengenakan undang-undang yang ketat bagi memelihara kebersihan dan kejernihan kawasan itu.

Ia termasuk larangan kereta peribadi bagi memasuki premis berkenaan, manakala kapal pesiar, kenderaan dan peralatan bekalan haba pula dijana oleh kuasa elektrik.

Untuk mengawal kebarangkalian risiko jangkitan virus wabak, 100 sukarelawan ditempatkan di tasik Tianchi untuk mengingatkan pelawat memakai pelitup muka sambil menawarkan perkhidmatan berkaitan.

 

周乔西