Thailand akan Buka Pusat Vaksinasi di Stesen Kereta Api Bang Sue

2021-05-18 13:28:05  CRI
Share with:

Thailand akan Buka Pusat Vaksinasi di Stesen Kereta Api Bang Sue_fororder_thailand

Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan Thailand akan bekerjasama untuk membuka satu pusat vaksinasi COVID-19 di stesen kereta api Bang Sue di Bangkok untuk memberikan perkhidmatan vaksinasi kepada penduduk Bangkok dan kawasan sekitarnya.

Pusat seluas 10,000 meter persegi itu mampu memberikan vaksinasi kepada 10,000 orang sehari.

Menurut Menteri Pengangkutan, Saksayam Chidchob, pusat vaksinasi tersebut akan dibuka kepada kakitangan dari sektor pengangkutan terlebih dahulu bermula 24 hingga 31 Mei nanti. Bermula 1 Jun, penduduk awam boleh menerima suntikan vaksin dengan menunjukkan kad indentiti sahaja.

Selain itu, kementerian itu akan mengatur bas ulang-alik untuk menghantar penduduk awam ke pusat vaksinasi tersebut secara percuma.

胡星