Gelombang Ketiga di Thailand, Semester Baharu Ditangguh

2021-05-19 15:48:11  CRI
Share with:

Gelombang Ketiga di Thailand, Semester Baharu Ditangguh_fororder_微信图片_20210519155312

Datuk bandar Bangkok, Aswin Kwanmuang melalui akaun media sosialnya mendedahkan, setelah tercetusnya pandemik COVID-19 gelombang ke-3 pada April, sebanyak 28 kluster berlaku di ibu kota itu yang melibatkan 19 daerah. Kes-kes tersebut melibatkan asrama pekerja binaan, penjara, pasar basah, kondo di komuniti dan lapangan terbang.

Menurut taklimat Pusat Pengurusan Pandemik COVID-19 negara itu pada Selasa, jumlah kes positif baharu mencatat 2,473 dalam 24 jam lalu. Antaranya, Bangkok melaporkan 873 kes.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Pendidikan memutusakan bahawa semester baharu sekolah yang dirancang bermula pada 1 Jun akan ditunda ke 14 Jun.

徐国玮