Skim Vaksinasi Sehenti Ditolak PM Prayuth

2021-05-20 15:22:00  CRI
Share with:

Skim vaksinasi COVID-19 sehenti yang dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Thailand ditolak oleh Perdana Menteri, Prayuth Chan-ocha dalam mesyuarat kabient pada Selasa.

Menurut skim itu, rakyat yang memegang kad pengenalan boleh langsung menerima suntikan vaksin di pusat vaksinasi berkenaan tanpa perlu membuat penempahan terlebih dahulu.

Menurut Prayuth, pusat vaksinasi kemungkinan dibanjiri orang ramai dan ini akan menambah risiko jangkitan.

Selain itu, ia juga akan menimbulkan rasa tidak berpuas hati kerana tidak dapat menerima vaksinasi.

Beliau mahu pihak-pihak berkuasa berkaitan menyusun rancangan vaksinasi yang lebih selamat dan mudah, di samping menambah cara menempah dalam talian.

徐国玮