Singapore Airlines Alami Kerugian Besar

2021-05-20 15:42:46  CRI
Share with:

Syarikat penerbangan Singapore Airlines mengeluarkan laporan prestasinya pada Rabu yang menyebut bahawa pada tahun fiskal lalu sehingga Mac, syarikat itu mengalami kerugian sebanyak SGD4.3 bilion (RM13.3 bilion). Ini merupakan tahun yang paling sukar sejak penubuhan syarikat penerbangan itu.

Menurut pengumuman syarikat itu, walaupun pengangkutan kargo masih rancak yang pada tahap tertentu telah meredakan kerugian pengangkutan penumpang, namun jumlah penumpang yang menurun 97.9 pertarus ekoran kawalan perjalanan di seluruh dunia tetap memberikan tempias yang teruk kepadasyarikat itu.

Jumlah keuntungan Singapore Airlines pada tahun fiskal lepas menjunam 76.1 peratus ke SDG3.816 bilion. Antaranya keuntungan pengangkutan kargo meningkat 38.8 peratus, mencatat SGD2.709 bilion.

Oleh itu, Singapore Airlines merancang untuk mengedarkan bon untuk mengumpulkan dana sejumlah SGD6.2 bilion untuk membantu kecairan syarikat itu dalam menangani krisis semasa.

胡星