Rundingan China, Filipina Bincangkan Isu Laut China Selatan

2021-05-21 13:11:48  CRI
Share with:

Mesyuarat ke-6 mekanisme rundingan dua hala China-Filipina mengenai isu Laut China selatan akan diadakan secara maya hari ini. 

Demikian diumumkan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media semalam.

Ujar Zhao, wakil kedua-dua negara dari jabatan diplomatik, pertahanan, sumber alam, pertanian, dan ekologi yang masing-masing diketuai oleh Penolong Menteri Luar China, Wu Jianghao dan Naib Setiausaha Luar Filipina, Elizabeth Buensuceso akan menghadiri mesyuarat itu.

Kedua-dua pihak akan membincangkan situasi Laut China Selatan, meningkatkan komunikasi dan kerjasama dalam bidang penyelamatan, perikanan, dan perlindungan ekologi serta penyelidikan sains maritim dan lain-lain.

Mekanisme rundingan dua hala itu ditubuhkan pada tahun 2017, demi membincangkan pembinaan keselamatan dan kerjasama maritim antara China dengan Filipina.

胡星