Tun M: Jangan Marahkan China, Elak Ekonomi Dunia Terjejas

2021-05-23 15:27:27  CRI
Share with:

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini memberi amaran bahawa negara-negara Dialog Keselamatan Empat Pihak (Quad) harus bertindak teliti dan jangan memarahkan China supaya mengelakkan lantunan semula ekonomi global yang serius.

Menurut laporan Nihon Keizai Shimbun (Nikkei), Tun Mahathir mencadangkan anggota Quad, iaitu Amerika Syarikat (AS), Jepun, Australia dan India berhubung dengan Beijing secara berasingan, dan jangan cuba bergembleng tenaga untuk menghalang pengaruh China yang semakin meningkat di Indo-Pasifik dan Laut China Selatan. 

Menurut beliau, Quad harus komited untuk mewujudkan kestabilan dan menjamin kepentingan ekonomi bersama melalui rundingan damai dengan China.

Beliau turut menzahirkan harapan agar kerajaan Joe Biden dapat membaiki hubungan dengan Beijing.

胡星