Landskap dasar luar yang diamalkan Presiden Xi Jinping amat luas hingga mempamerkan imej China selaku kuasa besar.
Demikian ujar pakar isu China dari Malaysia, Liaw Siau Chi dalam wawancara eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Menurutnya, pencapaian dilakar China adalah berkat pimpinan Parti Komunis China (PKC). Dasar luar China selaku negara besar yang sedang bangkit, mempengaruhi perubahan paradigma dunia.
Beliau berpendapat, Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) antara komponen penting dasar luar China di negara Asia Tenggara. Hubungan China-Malaysia kini telah dinaiktarafkan kepada perkongsian strategik komprehensif.