Sarjana S'pura: Kemajuan China Berkat Pimpinan PKC

2021-05-29 14:38:20  CRI
Share with:

Pencapaian cemerlang yang diraih China tidak boleh dipisahkan daripada pimpinan Parti Komunis China (PKC), kata seorang sarjana Singapura dalam satu temu ramah baru-baru ini.

Profesor Kishore Mahbubani dari Institut Penyelidikan Asia, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) berkata, sifat pragmatik yang ada pada PKC membolehkan China sanggup belajar daripada sejarah serta pengalaman praktikal negara asing sehingga melakar kemajuan berterusan.

Beliau berpendapat, PKC terus-menerus menarik keanggotaan ramai bakat unggul, sementara mencapai kejayaan besar dalam pentadbiran negara.

Katanya, kecekapan pemerintahan PKC serta keefisienan sistem perubatan antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan China membendung penularan wabak COVID-19. 

梁靓