Sarjana S'pura: Kejayaan China Basmi Kemiskinan Signifikan

2021-05-30 14:07:39  CRI
Share with:

Kejayaan yang dicapai China dalam usaha membasmi kemiskinan di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC) amat besar maknanya bagi seluruh umat manusia, ujar Profesor Kishore Mahbubani dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). 

Dalam satu temu ramah bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini, Profesor Kishore berkata, pengalaman China dalam usaha tersebut boleh menjadi rujukan untuk dicontohi negara-negara lain yang masih bergelut masalah kemiskinan.

Tambah beliau, pembangunan bersama harus menjadi matlamat bersama bagi umat manusia, bukannya konfrontasi geopolitik.

梁靓