Thailand Tingkatkan Pencegahan Wabak di Sempadan dengan Malaysia

2021-05-31 14:34:45  CRI
Share with:

Thailand Tingkatkan Pencegahan Wabak di Sempadan dengan Malaysia_fororder_微信图片_20210531113300

Jurucakap Pusat Pengurusan Wabak COVID-19 Thailand menyatakan semalam bahawa, berikutan wabak COVID-19 menjadi serius semula di Malaysia dan kes kematian meningkat mendadak baru-baru ini, yang memaksa kerajaan Malaysia mengumumkan pelaksanaan “total lockdown” atau perintah sekatan pergerakan di seluruh negara dari 1 hingga 14 Jun,  pihaknya menganggap bahawa langkah tersebut mungkin mengakibatkan ramai warga Thailand yang berada di Malaysia memilih cepat pulang ke negaranya, dan turut memberikan tekanan yang semakin besar kepada sektor kuarantin di kawasan sempadan. Wilayah Songkhla, Yala, Narathiwat dan Satun yang berjiran dengan Malaysia akan merupakan yang paling membimbangkan.  Jabatan kuarantin tempatan dinasihati bersungguh-sungguh bekerjasama dengan pihak tentera dan polis untuk memperincikan pencegahan dan kawalan wabak di kawasan sempadan.

Jurucakap pusat itu menekankan lagi bahawa warga negara Thailand tidak akan ditolak kembali ke tanah air, tetapi diharap  pulang melalui saluran yang sah serta mengikuti prosedur kuarantin berkenaan. Serentak itu, penduduk tempatan digalakkan membantu mengawasi langkah kemasukan yang haram agar mengurangkan tekanan yang dihadapi jabatan kerajaan.

Thailand Tingkatkan Pencegahan Wabak di Sempadan dengan Malaysia_fororder_微信图片_20210531113311

曹捷