Hubungan Persahabatan Malaysia-China Diharap Diperkukuh

2021-05-31 13:20:29  CRI
Share with:

Utusan Khas Perdana Menteri Malaysia bagi urusan China, Datuk Seri Tiong King Sing menyampaikan ucapan tahniah sempena ulang tahun  ke-47 hubungan diplomatik Malaysia-China semalam.

Beliau menyatakan bahawa pada 47 tahun lalu, Malaysia menjadi negara ASEAN pertama yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China, dan turut memulakan pembinaan kesalingpercayaan politik antara kedua-dua negara. Pada masa ini, kerjasama dalam pelbagai bidang telah membuahkan hasil.

Aktiviti ekonomi global menunjukkkan pemulihan seiring dengan pemvaksinan COVID-19, dan pasaran perdagangan juga semakin rancak. China yang mengemukakan konsep pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan, giat memberi sumbangan kepada pembentukan pola keselamatan dan pembangunan ekonomi sejagat, dan sumbangan itu kelihatan begitu holistik di sebalik penularan pandemik COVID-19 di persada antarabangsa.

Tiong King Sing mendoakan ikatan persahabatan mendalam Malaysia-China agar kedua-dua negara bergotong-royong seumpama adik-beradik untuk berkongsi suka duka bersama-sama.

曹捷