Indonesia Tamatkan Operasi Keluarkan Bangkai Kapal Selam

2021-06-03 14:31:56  CRI
Share with:

Indonesia Tamatkan Operasi Keluarkan Bangkai Kapal Selam_fororder_yn

Indonesia sudah menamatkan operasi mengeluarkan bangkai kapal selam KRI Nanggala-402, dan mengucapkan terima kasih kepada tentera laut China atas bantuan dalam operasi mencari dan cubaan mengangkut.

Demikian dinyatakan penanggungjawab armada kedua Angkatan Laut Indonesia, Gung Putu Alit Jaya dalam sidang media bersama anjuran Tentera Indonesia dan pasukan penyelamat China di Jakarta semalam.

Dimaklumkan, kedua-dua pihak telah mengadakan kerjasama dalam usaha mencari kapal selam Nanggala-402 yang tenggelam di perairan utara pulau Bali. Ini merupakan teladan persahabatan bagi tentera laut pelbagai negara di dunia, sekaligus menyediakan asas baik bagi memperhebat pertukaran antara tentera laut kedua-dua negara. Dalam tempoh sebulan lalu, pasukan penyelamat China bertungkus-lumus mencari dan mengumpulkan sejumlah serpihan Nanggala-402, mengambil gambar dan klip video dengan sebanyak mungkin, dan kemudian menyerahkannya kepada pihak Indonesia sebelum operasi mengeluarkan bangkai kapal selam itu ditamatkan memandangkan risikonya sangat tinggi.

高蕾