Lima Kata Sepakat Tercapai China-Indonesia

2021-06-06 15:44:14  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi bersama dengan Utusan Khas Presiden Indonesia, Luhut Pandjaitan telah mempengerusikan mesyuarat pertama mekanisme dialog dan kerjasama peringkat tinggi China-Indonesia di Guiyang semalam, dan mencapai kata sepakat dalam lima bidang.

Beijing dan Jakarta akan mengikuti arahan yang diberi pemimpin negara dalam dialog berkenaan, menyasarkan pembentukan komuniti berkongsi nasib, memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik dan mempererat interaksi strategik. Selain itu, kedua-dua pihak akan terus memperhebat kerjasama dalam rantai industri vaksin yang lengkap yang merangkumi penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan pembahagian, yang dilihat boleh membantu Indonesia berkembang menjadi pusat pengeluar vaksin serantau.

Kata sepakat kedua-dua pihak juga melibatkan sokongan untuk mengecualikan hak harta intelek vaksin COVID-19, usaha untuk memastikan vaksin berkenaan mampu milik dan mampu guna di kalangan rakyat, serta usaha untuk menyokong warga pihak lain mengambil vaksin di negara sendiri.

Sementara itu, China dan Indonesia pula akan menyelaraskan pelaksanaan Inisiatfi Jalur dan Laluan (BRI) dengan pelaksanaan Visi Fulkrum Maritim Global, menjamin kereta api lau Jakarta-Bandung siap dibina pada masa yang dijangkakan. Menyentuh kerjasama maritim, kedua-dua negara akan memperluas kerjasama yang mengutamakan perikanan, dan mempercepat rundingan Kod Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan. Dan akhirnya, kedua-dua pihak bersetuju memperkasakan kerjasama dalam pendidikan vokasional, mengadakan latihan dan pertukaran atlet, mengerapkan interaksi antara kumpulan pemikir dan agensi media.

Setelah mesyuarat itu berakhir, Wang Yi dan Luhut bersama-sama menandatangani siri memorandum persefahaman.

高蕾