Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi telah bertemu dengan Setiausaha Agung ASEAN, Lim Jock Hoi di Chongqing, barat daya China pada Isnin.
Wang Yi menyatakan, tahun ini ialah ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN. Kedua-dua pihak akan mengambil kesempatan ini menjalankan komunikasi secara lebih mendalam mengenai hubungan kedua-dua pihak dalam 30 tahun akan datang, menyimpulkan pengalaman yang baik untuk mendorong penaitarafan hubungan demi membawa lebih banyak kesejahteraan kepada rakyat.
Wang menambah, China akan terus bersatu-padu dengan pelbagai negara ASEAN untuk melawan wabak COVID-19, membekalkan lebih banyak vaksin kepada negara ASEAN mengikut keperluan, di samping menjalankan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pengeluaran, pembelian, pengawalseliaan dan suntikan vaksin.
Selain itu, Wang Yi menyatakan China bersedia membincangkan penyelarasan dasar dengan Rangka Pemulihan Komprehensif ASEAN, dan menjalankan kerjasama pragmatik dengan ASEAN dalam bidang utama yang ditetapkan rangka tersebut. China telah menyelesaikan kelulusan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) secara rasmi dan berharap negara ASEAN mempercepat proses pembahasan agar RCEP dapat dikuatkuasakan secepat mungkin.
Lim Jock Hoi pula menyatakan bahawa bermula dari titik baharu yang bersifat sejarah, ASEAN bersedia berusaha bersama-sama dengan China memelihara kedamaian dan kestabilan serantau, mendorong pemulinan ekonomi serantau, dan meningkatkan tahap perkembangan hubungan ASEAN-China.