Xi: Ekologi, Sumber dan Kekayaan bahkan Khazanah Umat Manusia

2021-06-09 09:39:58  CRI
Share with:

 

 

Presiden China, Xi Jinping melawat ke Teluk Xiannyu di Tasik Qinghai untuk mengetahui perkembangan pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan biodiversiti di tasik itu pada petang Selasa.

"Saya telah pergi ke Sanjiangyuan (punca tiga sungai) dan Gunung Qilian dan khusus datang ke sini untuk melihat Tasik Qinghai. Tasik Qinghai mempunyai kedudukan strategik amat signifikan dalam sektor tamadun ekologi. Oleh itu, adalah amat penting untuk mempergiat pembinaan tamadun ekologi dan sumber alam tasik ini, di samping melaksanakan strategi ekologi negara dan membina taman negara ini dengan baik."

"Sumber ekologi bukan sahaja sumber dan kekayaan, malah juga khazanah kita." kata Xi.

 

王瑾